SEJARAH KAMPUNG
VERSI 1
1. NAMA KAMPONG. KAMPONG BATU 23 SG NIBONG KERANA JARAK KAMPONG INI DENGAN KUALA SELANGOR SEJAUH 23 BATU, YANG KETIKA ITU KAMPONG INI DI DALAM DAERAH KUALA SELANGOR.DENGAN PERSEMPADANAN SEMULA NEGERI SELANGOR, KAMPONG BATU 23 DIBAWAH PENTADBIRAN DAERAH SABAK BERNAM PADA AKHIR TAHUN 1970AN .
2. LOKASI : TERLETAK DI JALAN LALUAN UTAMA UTARA SELATAN NEGERI SELANGOR LALUAN PANTAI ( DARI SEKINCAN SEJAUH 10 KM DAN KE PEKAN SUNGAI BESAR 12 KM ), SEBELAH BARATNYA PANTAI SELAT MELAKA DAN SEBELAH TIMURNYA KAWASAN TANAMAN PADI ( SAWAH).
3. PENEROKA ASAL : DIBUKA OLEH HJ SAID JP YANG DATANG DARI TANAH JAWA BERSAMA RAKAN-RAKANNYA PADA AWAL TAHUN–TAHUN 1900AN.KAMPONG INI DAHULUNYA DIKENALI DENGAN NAMA PASIR PANJANG SAHAJA, KAWASANNYA TERLALU LUAS YANG MELIPUTI KAMPONG SUNGAI NIPAH DI UTARA DAN SEKINCAN DI SEBELAH SELATAN., BAGI MEMUDAHKAN PENTADBIRAN NYA HJ SAID TELAH MELANTIK KOMITINYA BAGI SETIAP KAWASAN UNTUK MENGURUS, MEMIMPIN DAN MENGETUAI MASYARAKAT SETEMPAT ,MAKA DENGAN ITU LAHIRLAH PELBAGAI NAMA KAMPONG DISEKITAR KAWASAN KAMPONG PASIR PANJANG INI.
4. DALAM KAMPONG BATU 23 SUNGAI NIBONG SAHAJA KETIKA ITU TERDAPAT NAMA-NAMA TERTENTU DALAM SESUATU KAWASAN BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN SEPERTI TEBOK MENRE, SUNGAI ABU HASYIM, ASAM JAWA, TANAH LESEN SEMPADAN BENDANG,BM DAN SUNGAI NIBONG. SELAIN ITU ADA JUGA YANG MENGGUNAKAN BILANGAN PARIT DAN TALIAIR BERMULA DARI PARIT 1 SUNGAI SIREH TANJUNG KARANG DENGAN ITU LAHIRLAH NAMA-NAMA SEPERTI PARIT 11, TALIAIR 11,PARIT 12 DAN TALI AIR 12. MEMANDANGKAN BETAPA PERLUNYA KEPADA SATU NAMA RASMI UNTUK KEMUDAHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MAKA NAMA-NAMA YANG BERBAGAI ITU DIGANTIKAN DENGAN NAMA BARU YANG DIPILIH OLEH PENDUDUK TEMPATAN DENGAN NAMA KAMPONG BATU 23 SUNGAI NIBONG KERANA LETAKNYA SEJAUH 23 BATU DARI KUALA SELANGOR YANG MENJADI PUSAT PENTADBIRAN DAERAH KUALA SELANGOR. NAMUN BEGITU NAMA –NAMA LAMA YANG TERSEBUT TERUS DIGUNA PAKAI DALAM URUSAN HARIAN MASYARAKAT TEMPATAN.PADA AWAL TAHUN 1970AN KAMPONG BATU 23 SUNGAI NIBONG MENJADI SEBAHAGIAN DALAM DAERAH SABAK BERNAM BERIKUTAN PERSEMPADANAN SEMULA DAERAH DALAM NEGERI SELANGOR DARI 8 DAERAH KEPADA 9 DAERAH.
5. PADA AWAL PEMBUKAANNYA HINGGA PERTENGAHAN TAHUN 1970AN PENDUDUK KAMPONG BATU 23 TERDIRI DARI LEBIH 95% ETNIK KETURUNAN JAWA. SELEPAS PERTENGAHAN TAHUN 1970AN DISEBABKAN PERSEMENDAAN DAN PENJUALAN TANAH KEPADA ETNIK BUKAN KETURUNAN JAWA MAKA KADAR POPULASI ETNIK KETURUNAN JAWA MENURUN HINGGALAH SEKARANG (2009).
6. KETUA MASYARAKAT YANG PERNAH DILANTIK OLEH HJ SAID SEJAK PEMBUKAAN KAMPONG INI IALAH
6.1 HJ TAIB BIN KARIBON
6.2 HJ IBRAHIM BIN HJ SALLEH
6.3 HJ JALAL BIN HJ IKHSAN
6.4 HJ ABU BIN HJ SAID
6.5 HJ RAIS BIN BOHARI
( 3,4,5,6 SUMBER ASAL OLEH HJ MOHAMAD BIN LEBAI JALAL
DAN HJ TAHIR BIN HJ NOR )
7. PADA TAHUN 1965 BERLAKU PEMECAHAN DAN PENJENAMAAN SEMULA SERTA PERLANTIKAN KETUA-KETUA KAMPONG YANG BARU,PEMECAHAN TERSEBUT MENYEBABKAN KAMPONG INI TERPISAH DARI PASIR PANJANG DAN SETERUSNYA HJ RUSNI BIN HJ DIMYATI DIPILIH SEBAGAI KETUA KAMPONG HINGGA 8/2008.
8. PERTUKARAN PEMERINTAHAN BERLAKU DIPERINGKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR SELEPAS PILIHANRAYA UMUM MAC 2008 DARI PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG DIANGGOTAI OLEH PERMUAFAKATAN PARTI-PARTI PAS, PARTI KEADILAN RAKYAT DAN D.A.P. MULAI OGOS 2008 HJ MOHD DAWAM BIN DOLLAH @ HJ MOHD ANUAR TELAH DILANTIK MENJADI KETUA KAMPONG KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR.
9. PADA 11/1994 PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) TELAH DIBINA OLEH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN PUSAT ZAKAT NEGERI
SELANGOR BAGI PENEMPATAN SERAMAI 31 KELUARGA DIKENALI DENGAN
DESA KASIH DAN PADA TAHUN 1999 LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TELAH
MEMBINA 42 UNIT RUMAH UNTUK PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG
DIPILIH OLEH MAIS , PADA 2002 DITAMBAH 2 UNIT BERASINGAN. PENEM-
PATAN FASA DUA INI DIKENALI DENGAN DESA EHSAN.
VERSI 2
1.KAMPONG BATU 23 DIBUKA PADA TAHUN 1912 OLEH SEORANG MELAYU MELAKA DIKETUAI OLEH TOK PAWANG SAAD
2.PADA TAHUN 1926 HJ TAIB BIN KARIBON TELAH DILANTIK SEBAGAI KETUA KAMPONG PERTAMA.
3.ASALNYA KAMPONG INI DIBERI NAMA KAMPONG ASAM JAWA
4. PADA TAHUN 1938 KAMPONG ASAM JAWA DITADBIR OLEH KETUA KAMPONG PASIR PANJANG
5. PADA 1.2.1972 HJ RUSNI BIN HJ DIMYATI DITAULIAHKAN SEBAGAI KETUA KAMPONG DAN SECARA RASMINYA KAMPONG INI DITUKAR NAMA KEPADA KAMPONG BATU 23 SUNGAI NIBONG KERANA JARAKNYA 23 BATU DARI PUSAT PENTADBIRAN KUALA SELANGOR.
( SUMBER PROFIL KAMPUNG 2004 )