Friday, 2 September 2011

Kepimpinan Kampung Batu 23 Sg Nibong di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor


                       Ketua Kampung /  Pengerusi JKKK Kampung Batu 23



BIODATA KETUA KAMPUNG

            1.Dilahirkan  di Sg Nipah Simpang Lima Sg Besar pada 23/9/1949 .( Keturunan  etnik Jawa  Ponorogo / Pegelen )
2.Anak ke dua dari 6 orang adik beradik, berasal dari keluarga sederhana miskin, ayahnya memiliki  3 ekar sawah dan 2 ½ ekar kebun kelapa.
3. Pendidikan awal, Sekolah Melayu Sg Nibong pada 1956 hingga 1960 disebelah pagi dan belajar di sekolah Agama Batu 23  di sebelah petang.
4. Pada tahun 1961 menyambung pelajaran di Madrasah Ehyaulfalah  Parit  1 Sg Besar hingga tahun 1968  tamat  Rabik Thanawi.
5. Pada 13.9.1969 mula brkhidmat dengan Jabatan Agama Islam Selangor sebagai Guru Agama A dan ditempatkan  di Sekolah Kebangsaan Sg Serai Kuang, Selangor.
6. Pada tahun 1971 mengambil peperiksaan  SRP pangkat C , 1973 SPM  pangkat 2 dan 1975 STP dengan 3 prinsipel 2 sabsidiary. Pada Jun 1976 melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Syariah dan undang-undang  ( dengan cuti separuh gaji dari kerajaan Selangor, terima kasih )  hingga  April 1980  dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah  Kepujian Kelas Dua Atas dan Diploma Pendidikan UKM.
7. Berkhidmat semula di SAMR Pekan Pasir Panjang 1980-1981, SAMT Hshamuddin 1982-1983,
SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Bt 38 Sabak Bernam 1984-1985, SAMTAJ Shah Alam 1985 ( 2 hari sebagai Pengetua ) ,1985 di simpan  dibahagian pendidikan JAIS (3minggu ), April 1985 di SAMR Sungai Hj Dorani, 1986 di SAMR Sungai Besar, 1987 di SAM Muhammadiyyah Bt 40 Sabak Bernam, 1988 hingga 1993  di SAM Jeram (sebagai Pengetua )1994 di SAM Tengku Ampuan Jamaah Sg Besar ( sebagai Pengetua )  April 1995 disimpan di JAIS  sebagai penyambut tetamu Bhg Pendidikan JAIS  . 1996 -2000 di SAM pekan Pasir Panjang  ( guru biasa ) , 2001 Nazir Zon 1 Sabak Bernam  , 2002-2004 di SAM Pekan Pasir Panjang ( guru biasa ) Jan 2005- 22/9/2005  di SAM Pasir Panjang (Pengetua) dan bersara.




8. Telah berkahwin mempunyai seorang isteri  dan 16 orang anak, 2orang U,Azhar,2orang UTM,2orang UKM,2orang KUIS dan 1 orang KUIN . (3orang masih diperingkat SAM. Tkt 6,5,2) dan 4 orang tidak kesampaian ke Universiti.
9.   Aktiviti Sosial:  S/Usha 4 B Kuang (1974-1977 ) , Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Islam UKM (1978-1979 ) YDP ABIM Daerah Sabak Bernam (1984 1986), Pengerusi Kop Muslimin Daerah Sabak Bernam (2005 hingga sekarang ), ALK Koperasi Gururu-Guru Agama Selangor  (1982  - 2002)   )  ,Setiashaha    Kemajuan Islam Daerah Sabak Bernam (1983 -1985 ), AJK KKGUMB Cawangan Selangor (1988-2005 ) AJK PIBG SAMT Bt 38 (1997) ,  AJK PEGUAM Selangor  (1988 – 2003) , Penolong Setiausha Agong PEGUAM ( 2003-2004), Setiausha Agong PEGUAM  (2004-2005 ) , Setiausha Persatuan Pengetua  Sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri Selangor (1988-1994) YDP PIBG SAM Muhammadiyyah Pekan Sabak ( 2006 hingga sekarang ) Ketua Kampung, Kampung Bt 23 Sg Nibong Sekinchan Selangor (2008 hingga sekarang ), Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Daerah Sabak Bernam  (2008 hingga sekarang ) , NYDP Persatuan Ketua Kampung Negeri Selangor (2010 hingga sekarang ), Ketua Urusan Ulama Parlimen Sg Besar  (2009 hingga Sekarang ).
10. Dianugerahkan khidmat cemerlang JAIS  2001, 2003  
11. Dianugerahkan Tokoh Guru JAIS Daerah Sabak Bernam 2010.
12. Aktif mengendalikan kuliah-kuliah maghrib di masjid-masjid dan surau di Daerah Sabak Bernam ( ada 23 kuliah sebulan ) Sedia menerima jemputan untuk Majlis Tazkirah dan Kuliah berkala insya Allah.

No comments:

Post a Comment